Cha Hampir MasuK Ward HM

Nur Ellysha demam teruk jumaat lepas, kelam kabut hidup aku sekeluarga gara-gara demamnya itu ada menunjukkan simptom H1NI iaitu demam panas, batuk, sesak nafas dan muntah-muntah. Selepas aku habis exam petang itu, aku terus balik rumah sebab tension giler exam susah bangat. Kalau diikutkan aku kena ambil cha dari rumah neneknya yang ditumpangkan sementara sehingga aku habis exam tetapi memandangkan neneknya telah bawanya ke serkam, jadi aku terus sahaja balik ke rumah je. Lepas magrib pak anif call, mertua aku cakap cha demam dan muntah-muntah, aku dan pak anif mula risau sangat memandangkan banyak sangat penyakit yang menular di negara sekarang ini dengan udara yang tercemar, cuaca yang tidak menentu dan paling risau adalah H1N1 yang boleh membawa maut. Perasan risau yang teramat sangat dengan tanpa solat magrib aku dan pak anif terus dapatkan cha di kampung.Bila aku tengok keadaannya yang amat lemah, aku dan pak anif bergegas ke Klinik Komuniti, tapi kecewa sangat sebab klinik itu telah ditutup awal walaupun ketika itu jam baru menunjukan pukul 8.15pm, kami berpatah balik dan terus menuju ke Hospital Melaka bahagian kecemasan. Sesampai disana keadaan di unit kecemasan HM dipenuhi orang dan pesakit, keadaan kelam kabut sikit dan selepas aku laporkan keadaan cha pada MA yang bertugas cha terus ditolakkan ke Zon Kuning( separa kritikal ). Disana cha diberi rawatan dan terus di tahan wad, dalam pada masa itu aku pun pergi buat pendaftaran masuk di kaunter HASIL. Dalam masa 15minit aku membuat pendaftaran dan kembali ke chacha, alangkah terkejutnya aku tengok cha merenggek menangis seorang diri sambil melihat tangannya sudah di inject untuk masuk IV Drip. Kesian cha, berlinang air mata melihat dia menahan sakit, hati ibu mana tak sedih melihat kesakitan dan penderitaan anak.( Aku pun memang takut gak kena inject ) Memandangkan wad kanak-kanak penuh pada malam itu, jadi anak aku telah ditempatkan sementara di wad kecemasan, seperti korang sedia maklum, mana ada Hospital Kerajaan yang tak sibuk, dengan keadaan pesakit yang ramai, ditambahkan lagi dengan wabak H1N1 yang serius sejak akhir-akhir ini, jadi semua ibu bapa, keluarga mengambil langkah berjaga-jaga iaitu pantang demam dan batuk sahaja semua terus ke Hospital. Memandangkan pernah terjadi satu kes sebelum ini salah sebuah Hospital Swasta yang tidak dapat mengesan H1N1 dan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak, ini berikutan vaksin H1N1 hanya boleh didapati di Hospital Kerajaan buat masa ini dan vaksin tersebut boleh dikatakan amat mahal untuk satu suntikan dan amat terhad kuantitinya. Setelah anak aku dipindahkan di bilik menunggu, aku lihat keadaan dalam wad itu tidak memuaskan, dengan katil yang tidak berkemas dan masih terlihat kesan darah , muntah dan kotoran di cadar menyebabkan aku ragu-ragu nak baringkan cha di atas katil yang disediakan, nasib MA itu perasan dengan tingkah laku aku yang macam was-was dengan keadaan disitu, dia ambilkan selimutbaru untuk digantikan. Suasana menunggu aku memang aku rasa azab, dengan situasi yang tidak selesa, ramai pesakit yang pelbagai sakit, budak menangis, orang meraung dan lain-lain hal lagi. Boleh meroyan aku sepanjang tu, dengan cha asyik merenggek nak balik dan cukup sensetif apabila aku pegang pergelangan tangannya gara-gara IV Drip yang dipasang dan ditambahkan pula dengan air yang dimasukkan meluai IV, membuatkan cha tidak selesa. Aku paling kesian tengok pak anif yang kelam kabut yang menyediakan barang untuk masuk wad, hantar alif rumah mertua, beli bubur untuk cha dan dalam pada masa yang sama pada malam itu ada trip ke Pangkor pukul 10.45pm. Aku dapat lihat raut mukanya yang amat risau apabila melihat cha terbaring layu di katil, hatinya tak tenang nak berangkat ke Pangkor, tapi aku yakinkan dia yang aku boleh uruskan cha dalam pada masa yang sama aku telah minta tolong MAMA turun dengan segera untuk membantu aku. Kebetulan esok ada kenduri arwah, so mertua aku mungkin akan sibuk untuk kenduri, so aku decide x mahu nak bagi dia kemlam kabut. Setelah 1 jam setengah aku di wad, aku bertekat untuk minta keluar dari wad, aku rasa macam lagi lama cha dalam ini lagi teruk keadaan cha. Lagi pun sepanjang dalam wad itu anak aku tidak diberi sebarang ubat untuk melegakan panasnya, dan mungkin dokter akan amik tindakan sebaik sahaja tiba di wad kanak-kanak. Bagi aku semuanya lambat, dan anak aku perlukan rawatan dengan segera, aku lebih rela bertanggungjawap atas anak aku dari aku melihat dia merenggek kesakitan. Aku terus minta anak aku dibawa pulang dari doktor pakar kanak-kanak, aku terpaksa bertanggungjawap atas apa yang berlaku apabila di rumah dan sekiranya keadaan semakin teruk dia sarankan terus ke HM.Pak Anif bersetuju kerana dia sendiri tak sanggup melihat anaknya dibiarkan terbaring di wad tersebut tanpa sebarang rawatan segera. Berbekalkan ubat demam dan batuk aku bawa anak aku pulang ke rumah. Sesampai sahaja di rumah, pak anif terus bergegas keluar untuk trip ke pangkor. Aku tahu hatinya dan riak wajahnya risau untuk meninggalkan cha bersama aku tapi aku katakan padanya yang aku mampu jaga cha dan katakan pada dia yang mama akan turun kejup lagi untuk bantu aku. Alhamdulilah, lega rasanya sampai dirumah dan aku kena pastikan cha makan supaya perutnya tidak dibiarkan kosong sebelum diberikan ubat.Aku tuam badannya dan ditampalkan Cool Fever bagi melegakan panas dan mengelakkan sawan panas. Bagi mengelakkan aku tidak tertidur malam, aku minum Pearl Cafe Kacip Fatimah. Segar sikit mata lepas kena penangan PCKF. Jam menunjukan pukul 11.45pm, alif masih tidak sampai rumah ( adik ipar tolng hantarkan ),mata aku segar bugar , sambil tuam-tuam cha, aku kemas-kemas rumah. Dalam pukul 12.15, kakak ipar aku sampai dia pun risau keadaan cha, siapa tak sedih tengok dia yang terbaring layu sedangkan masa sihatnya dia seorang kanak-kanak yang pintar, lasak dan petah bercakap. Tak lama kemudian adik ipar dan mertua sampai untuk hantar alif dan yang paling terkejut pak anif pun ada turun dari kereta. Pak Anif tak jadi ke Pangkor dan trip tu digantikan oleh adiknya si adif, nasib ada adif cover kalau tak sure pak anif pergi pangkor dalam hati yang tidak tenang. Pak Anif kata " Duit boleh cari " . Pengorbanan seorang bapa untuk puteri kesayangannya. Mertua aku jerlum dengan air kelapa di kepala dan bawakkan air yasin. Semua risau apa yang terjadi pada cha.Aku berdoa sangat supaya anak aku tidak dihidapi penyakit yang merbahaya. Malam aku tak lena, untuk memastikan puteri kesayangan tidur lena dan agar panasnya susut. Alhamdulilah berkat jagaan malam aku berganti-ganti dengan pak aniff dan di sambung jagaan oleh mama aku yang tiba pukul 2.30pagi sehingga pagi. Mama yang bantu aku dan pak anif masak bubur ikan di samping pergi pasar awal pagi untuk masakkan untuk cucunya. Waktu makan ubat diberi mengikut waktu yang ditetapkan supaya keadaannya terkawal. Selama 2 hari aku dan pak anif habiskan cuti bersama mengadap cha. Akhirnya alhamdulilah ahad pagi dia dah kembali pulih dan bertenaga. Petang semalam aku hantar mama di station bus, anak beranak pakai mask sebagai langkah pencegahan.( takut beb H1N1 ) Aku tak boleh terlalu suka sangat sebab penyakit sekarang ni kadang-kadang baik kadang-kadang boleh kena balik. Aku hanya berdoa supaya cha dan alif sentiasa sihat dan tak buat pak anif risau memanjang. Tiada ibu bapa yang hanya memeluk tubuh melihat anaknya sedang sakit, begitu juga pada aku yang sentiasa tidak tenang selagi anak masih demam. Tumpuan pada kerja semakin kurang asyik mengenang anak di rumah. Nak minta cuti , cuti tinggal sikit, selalu cuti , orang duk kata ..asyik cuti ajer.. So, hakikatnya yang duk kata tu macam x ada anak jer tapi kalau yang duk kata tu x ada anak pun, x hairan la aku kalau dia x ada anak..So, kepada semua jgn la duk argue orang duk cuti. Setiap orang ada masalahnya melainkan yang kadang2 x ada masalah saja carik masalah. So..renung2kan selama beramal...

Kesan suntikan IV-Drip

Terlantar hari ke-2 ( masih fobia lagi ) " Pada kawan2 ..wabak dah semakin merebak..so hati2 dan jaga anak kita sebaik mungkin "

Comments

Mummy_Fuzz said…
alhamdulillah cha dah sihat...risau gak dgr wabak H1N1 ni ....dgn cuaca yg kejap hujan kejap panas mmg senang kene demam dan selsema...adam pun baru baik demam...cuma selsema yg x baik lagi...ubat mkn tp ais sejuk pun minum gak...
nadirah said…
cuak gak ea biler jadi camni. mudah2han kita semua dilindungiNya...insyaAllah.
Unknown said…
bukan cuak je..gugur jantung ni...duit leh carik..
ai said…
uuiiiiiiiiiiii...aku paham sangat perasaan kau camne. kecuakkan kau tu pon aku dpt rasa. ngan keadaan spital camtu..makin tambah sakit lagi anak kita adalah!! huhuhu..

Ya Allah, mintak dijauhkan la dari segala penyakit skang ni..

dah le mmg musim demam batuk selsema..huhuhu ...riso wei!!

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia