Simpati padanyerr

SIHIR SIHIR SIHIR SIHIR SIHIR SIHIR Di Akhbar Metro Harian membongkarkan satu berita yang mengisahkan tertangkapnya bomoh yang telah membuatkan banyak rumah tangga bergolak gara-gara perbuatannya yang menyebarka amalan syirik iaitu Lubang Jarum.Ilmu hitam yang boleh menyebabkan suami kita benci pada isteri dan lupa terus pada keluarga sehingga menyebabkan suami jadi bodoh dan dungu. Aku dapat rasakan yang pak saudara aku si Mustakim tu kena buatan sihir yang hampir sama. Dia bukan sahaja lupa pada keluarga malah dia telah mencederakan isteri serta mengabaikan 4 orang anaknya yang selama ini di tatang bagai minyak yang penuh. Kalau betullah pak cik aku kena buatan orang, apakan daya aku untuk membantu sebab aku sendiri x tau nak ambil tindakan macam mana. Sekiranya terjadi pada suami aku, apa yang perlu aku buat? Kini kak zizah menderita bersama anak2 yang tercinta seta membawa diri ke kampung halaman bagi menenangkan hati yang sakit dan rapuh. Perkahwinan yang selama 11 tahu punah ranah hanya dalam masa 1 hari. Kesian Rabiah,Ainul,Balqish dan Damia, kini tiada kasih sayang dari seorang bapa, sedih aku memikirkannya. Aku mahu membantu tapi siapalah aku ini. Kalau aku ini terdaya untuk membuat keputusan memang aku bantu sehabis mungkin. Memandangkan adik beradik mak aku semua perempuan segala perilaku dan keputusan terbatas. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Opis Mustakim dan ikat dia bawak ke Darul Syeffa untuk berubat. Buat kata isteri dia sudah 2 ustaz dia jumpa dua2 kata Mustakim kena sihir. Apa harus aku buat? Malam aku dah x lena tidur pikirkan sepupu2 aku yang kecik2 tu. Rindu aku pada mereka 4 orang, lagi si Damia. Aku akan plannning sesuatu, sekiranya makcik2 dan mam aku x tahu nak ambil tindakan macam mana, so biar aku yang buat tindakan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia