Nur Ellysha & Aliff Elfeanz

Namanya Nur Ellysha aka Cacha dan umurnya 4 tahan dan telah pun bersekolah di Tadika Seri Bijak Bestari aka PPKK cawangan Taman Jati ( BB2 ). Cacha suka sangat swimming, pantang jumpa swimming pool berkuak-kuak dia berenang ( bkn pandai pun berenang ).Makanan kegemaran western food , fov stall dia Chicken Chop SOPI & Wife ( sebelah Hotel Bayview, bukan dalam Hotel Bayview ) Ada ketikanya seminggu 2 atau 3 kali layan makan kat sana, sampai dah naik muak but nasib baik la harga dia murah hanya rm6.50 sepinggan, so tidak menjadi masalah untuk pergi sampai 2/3 kali seminggu. Kalau dia demand chicken chop dalam Hotel Bayview tu , aku rasa jagan 2/3 seminggu tah tah sekali setahun pun belum tentu daddy layan. Selain swimming dan chicken chop, cha suka mewarna tapi rasanya macam x berseni je dia mewarna, tak cukup mewarna di kertas sampai melarat hingga ke dinding rumah. Habis satu wall penuh dengan hasil muralnya. So, korang boleh bayangkanlah macam mana rupa dinding rumah aku. Takpe la, anak dalam tempoh membesar ni kita x boleh nak marah2, so cukup masa CAT jer laaaaa..Ciri-ciri anak perempuan aku, dia seorang yang rajin ( rajin sepah umah ), penyayang ( protect alif ), keras hati, kepala batu dan yang penting " KUAT NAGIS". aduhai, aku x tau la spesis anak aku ni, dua2 kuat nagis, klau dah start menagis aku mula blur, datang sakit jiwa aku yang boleh buat aku MEROYAN. kekeekekekek. Aku pernah kurung dia dalam toilet gara2 dia x nak berhenti menangis, ditambahkan lagi aku sebat dengan hanger sampai birat2 badan anak aku. Lepas tu dia terus tidur end aku mula rasa serba salah lalu jengok dia di kamar tidurnya dan bila tengok badan dia birat2 ...tetiba sedih pulak. Kesian anak aku....kejam sungguh mummy dia ni. Itulah dia anak peempuanku chacha

Namanya Aliff Elfeanz aka Aliff, berumur 3 tahun. Oleh kerana dia masih dalam tempo mengenal erti hobi, so dia akan follow apa ajer kakak dia buat. Jangan tak tau, aliff ni suka main MAK-MAK dan MASAK-MASAK (aduhaii ). Kadang2 dia yang ajak kakak dia main, dan port playground dia adalah dalam bilik bawah katil. Konon2 bawah katil tu umah laaa.. ( kecik2 da plan duk bawah kolong ). Dia ni anak manja aku yang suka nak menyempil je mana aku duduk, berdri dan tidur. Time tidur adalah waktu yang paling blur buat daddy, sebab aliff sure akan terlebih dahulu akan menyelit di tepi aku. If aku suruh dia tidur dengan kakak sure dia akan melalak sepanjang malam hinggalah aku yang datang pujuk dan belai dia. Selagi x lena di lengan aku, selagi itu dia x tidur, if x dpt lengan bawah ketiak pun jadi la. Makanan kegemaran Ayam UPIN ipin ( KFC ), drumstik adalah bahagian kegemarannya. Bagi aku aliff ni ada sikit senang sikit klau bab2 makan , dia akan makan apa ajer yang aku masak atau hidang .

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia