Kenangan Kursus PIKE pd 21-23/07/09
Kursus : PIKE
Hotel King A.Keroh
21-23/07/09
Anjuran : IMM
Alhamdulilah, selama 3 hari kursus ini berlangsung, telah banyak aku pelajari perkara baru dalam kursus ini. Disarankan kursus ini akan terus diadakan untuk semua kakitangan penjawat awam mahupun swasta dalam menerapkan nilai2 murni, nilai2 kasih sayang dan cara mengawal emosi yang tidak terkawal dalam diri kita. Hidup dalam masyarakat banyak berlakunya ketidakpuashati dalam faktor pergaulan yang tidak positif, perbezaan agama, bangsa dan cara hidup banyak menyebabkan aspek negetif dan saling hormat menghormati semakin kurang dikalangan kita.Banyak pengajaran dan pengalaman di sepanjang kursus ini iaitu seperti penekanan nilai kasih sayang sesama manusia tanpa mengira faktor agama, kaum dan bangsa, pengawalan emosi, sentiasa berfikiran dan bersifat positif. Memang enjoy sangat kursus ni yang diselia oleh En Amir dan Ary dari UTEM yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling, jadi tak hairanlah di sepanjang kursus ini kadang kala kami akan lebih kerap ketawa dan menangi kadang kala membuat kita tanda tanya apa yang mereka cuba sampaikan disebalik permainan yang mereka adakan. Aku bagi 98% pada kursus ini dan aku sarankan 100% disertai oleh semua orang. Aku percaya dengan adanya kursus ini kita akan rasa lebih menghargai antara satu sama lain terutama kepada kedua ibu bapa, keluarga dan orang disekeliling kita ini kerana:
" KITA NI SEMUA SAMA SAHAJA, DAN TIADA AGAMA YANG MENGAJAR KEARAH KEJAHATAN MELAINKAN KEBAIKKAN "
Jom, kita tengok hasil kenangan yang sempat aku snap untuk tatapan kenanganku :
Persandingan olok : bagi tujuan luahan rasahati dari semua rakan2 dalam kumpulan, kita dapat lihat betapa pentingnya kasih sayang dan luahan secara ikhlas sampai ada sesetengah group menangis teresak2...Korang x caya? ermm better join ..
sNAP...atas pelamin buatan hasil kreatif group ULAT Peace...writing a short letter to all friends
Tanjak : Hungga hungga ..rekaan yg kreatif yang mengambarkan sifat2 negatif dan akan ditanggalkan apabila tiba hari terakhir kursus dan tanjak itu dibuang sekali dengan sifat negatif yang ada dalam diri kita. So, now i start to positif ..insyallahh..
Kak ki...tgh ligat tulis surat cinta...
Surat : Yang sedang ditulis oleh mereka adalah surat yang di luahkan dan akan dibaca apabila upacara beradap pengantin atas pelamin.
Keseronokkan si alim sampai x sedar dah macam badut sarkasss...hhhuhuu
Comments