Jika dia x ada

Jika dia x ada, macam manalah hidup aku bersama chalif. Sunyi sangat hidup aku tanpa dia, siapa pula nak uruskan segala perkara dalam hidup aku. Sudahlah tidur aku x berteman siang aku pula tiada lagi gurauan, petang aku pula dah tak ada lagi jalan-jalan sambil menemani chalif bermain basikal. Rumah aku akan semakin kusam dengan lalang di halaman semakin tinggi , daun-daun kering menutupi lantai, malah motor buruk semakin buruk dan terus tak boleh start langsung, tong sampah di dapur penuh dengan sampah, bontot kuali aku semakin hitam dan lantai rumah aku akan semakin melekit. Siapa nak buat semua ini jika dia x ada ? Aku, cha atau aliff ? Jika dia x ada ... Aku akan hilang tempat bergantung, segalanya aku kena mulakan aku lihat muka aku semakin sembap kerana cleanser dan pelembap aku dah habis , chalif semakin kurus kerana susu datch lady 456 dah habis kering , baju dah x ada nak pakai sebab baju dah pakai x dibasuh-basuh. Di dapur pulak akan tidak seceria dulu ,maybe peti ais dibiarkan kosong hanya tinggal belacan , tempoyak , budu dan cencalok, itu pun x habis sebab memang bendalah tu paling susah nak basi, lagi makan tahun lagi power sedapnya. Apa la nak jadi dengan aku jika dia x ada. Mana pergi sayur2 , ikan ,ayam, daging segar , nugget , drummet,ice-cream paddlepop ,vitagen, yakult dan calcium yang selalu penuh dalam peti ais aku. Jawapannya, dia ada ,dia lah yang rajin memenuhkan peti ais tu. Kini chalif x lagi minum vitagen,yakult dan calcium, kesian anak2 aku. Jika dia x ada... Aku akan mula pekakkan telinga bila anak2 aku bertanya " mummy mana dia" , hati ku touching, fikiran ku kusut macam rambut aku ni. Aku tau chalif rindukan dia, belaiannya dan paling penting ialah kasih sayang darinya. Apa alasan untuk aku berikan pada chalif ? Aduhai, x sanggup aku tengok chalif merenggek tanyakan mana dia. Rasa macam nak ambil celotape dan di tutupkan mulut mereka agar tidak berbunyi lagi. Tapi apakan daya aku hanya seorang ibu yang melahirkan mereka untuk mendengar ratapan, tangisan dan keluhan mereka. Kalau aku x larat juga nak dengar, akan aku ambil garfu di dapur lalu cocok garfu di telinga ini agar aku jadi pekak badak dan x dengar apa2 org nak cakap. ( rujukan filem kasim slamat ) Jika dia x ada... Hari malam aku sepi tanpa dia, bantal peluk sebagai penganti diri dia. Toleh ke kiri dia x ada toleh ke kanan pun dia x ada. Siapa pula yang akan bangun untuk bancuhkan susu chalif nanti, jika dia x ada , maknanya aku la kena bangun untuk bancuhkan susu chalif. Alahai letih sungguh, pasti tidur aku x lena. Akhirnya malam aku x lena, hanya tunggu mentari muncul tiba. Zzzzzz Jika dia x ada... Bangun aku tidak di kejut, deringan jam berbunyi aku buat dekkk je. Tangisan Chalif memecah belahkan mimpi2 aku yang sikit2 lagi dah nak happy ending. Aku bukakan mata dan merangkak bangun dari kamar sambil menjengok dibawah yang terkebil2 melihat 2 beradik itu merenggek. Hati seorang ibu, mana bisa hanya tengok sahaja anak melalak, aku gagahkan diri menuju ke dapur kubancuhkan susu manis F&N ( susukan dah habis ) lalu ku sumbat kedalam mulut mereka dan perhhhhhhhhhh diam kedua2nya, agaknya sedap susu f&n dari dutch lady 456. Hati aku berkata lagi, apa aku nak masak pagi ni ? Aduhai, jika ada dia pasti dia yang membantu aku memberikan idea untuk menu pagi ini. Jika dia x ada...... Chalif bermain basikal, bermain masak2, bermain mak2 dan gaduh. Kepala aku dah pening, rumah aku dah tunggang langgang, katil aku x berkemas, meja makan aku penuh makanan yang tidak di makan. Pikiran aku kusut, sunyi tiada berteman, chalif x henti2 mencari dia, dia mana ?, aku dah bosan nak jawap apa. Aku dah nak meroyan, nak pikirkan semuanya. Hati aku dah kronik sikit lagi nak rosak dah ni kerana sakit rindu yang aku alami. Kini aku dah tak mau di tinggalkan lagi, x mampu menahan derita, hidup seorang bersama chalif tanpa dia, malam aku terjaga2, mimpi aku selalu x habis aje..dah bosan dah ni, dah tension dah ni .. so apa lagi ?..... AKU AMIK H/P , AKU CALL DIA .... " PAK ANIF, BALIK CEPAT, SUDAH2 LAH TU DUK BAWAK BAS TU, bukan awak tu x ada driver, NI SUSU CHALIF DAH ABIS dah ni , LAUK DAH KERING kat dapur tu, CHALIF asyik duk ingat bapak dia je DAN MUMMY DIA PUN DAH MEROYAN NI asyik tidur sorang ajo " ......

Comments

nadirah said…
AWAT NI kak?? dah bape lame pak anif p??
sabar eaaaa... hehehe... sy pon asik meroyan dulu. skrang ok daaa...kuikuikui.
Unknown said…
uhaaaaaaaaaa....nasib dia balik doh..klau dakk jgn kata ko ..den pun meroyannn....

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia