Di serang Lelah dan Demam yg melampau!!

Bermulanya demam ni sejak 16hb lalu ketika itu aku di opis. Mmg flat giler la masa tu nasib ramai rakan2 yg membantu untuk take over kerja2. Thanks kak kam n dik yan yg help me masa kita tertido on desk ari tu. Pada kak su yg perihatin pd aku mmg ko la kakak yg bagus. Kebetulan ari tu partner aku x dtg pun sb MC sebab sakit dada. Nak atau x nak aku kena stand by gak walaupun ketika itu aku mmg dah x leh nk buat keje langsung. Selepas habis waktu keje aku terus drive balik umah dan amik anak2 ku di rumah babysitter. Lepas bukak pintu dan tutup pintu aku terus telan ubat terus tetido dan sedar2 anak2 kesayangan ku terbengkalai depan television dengan bersepah2 roti dan toys. Detik hati ni berkata " Kesian anak2 aku kelaparan " sedih gak aku bila tgk mereka dengan x minum susu dan makan nasi. Selalu aku akan siap makan dan minum mereka tp untuk pd hari itu aku mmg x dapat nak buat apa2. Keesokan harinya aku bangun seawal pagi siapkan cha untuk kesekolah dan packing baju mereka. Selepas hantar mereka ke umah babysitter dan school aku pun terus ke Klinik Ayer Keroh, Melaka untuk dptkan rawatan. Masa drive tu aku dah mmg rs sesak nafas, sesampai sana aku terus dpt rawatan kecemasan dan di beri 2x sedutan oksigen , ambik darah, masuk ubat dan lain2 . Doc kata klau result darah aku positive denggi aku kena tahan ward. Perhhh ..menjerit hati aku ni sb memikirkan sapa nak jaga anak2 aku sebab hubby aku ada trip ke cameron on thursday bau balik. Memandang suhu kepanasan ku sudah mencecah 39c" so doc desice kena tahan gak but aku berkeras x mau tahan. Aku x mau susahkan sapa2 lagi2 family hubby aku terutama mak mertua ku. Kesian lak aku jika dia terpaksa nk jaga 2 anak aku disamping melawat aku , hantar makan dan lain-lain. Dalam pada masa yg sama adik2 ipar ku ada yg berada di KL dan mertua ku x leh nk harapkan sesiapa untuk drive, walaupun ada motor tp boleh ke mertua ku nak pikul anak2 aku ke hospital dan ada kete x ada lak lesen. So memandang aku ni jenis kuat semangat hampir 4 jam la gak aku di tahan di Klinik utk rawatan. Abis tangan ku bengkak dicucuk2 untuk masuk ubat la, untuk masuk air la dan lain2. Lepas rawatan masa nak jumpa doc aku buat2 la sihat dan bertenaga walaupun hakikatnya aku mmg lemah giler. Semua tu sebab aku x nak kena tahan wad. Doc pun bg lepas dan berilah aku dua hari MC. ( Mesti budak opis aku sound aku sb asyik cuti jer, harap faham la beb aku ni mmg jenis senang sakit ). So lepas tu aku pun balik la umah, minum quaker oat , telan ubat terus tido dan sedar2 dah pukul 2pm. Masa tu aku rs macam dah ok jer cuma tekak aku sakit dan badan aku mcm kurang gula, so aku mcm terbayang semua perabot umah aku macam menari2. Seperti biasa aku kan pompuan so mmg aku x reti duduk diam dan pantang sihat sikit, maka menari2la tangan ni untuk mengemas umah, basuh baju dan jemur baju. Klau aku x lawan sakit ni mmg mengada2 la aku. Tepat kul 4pm aku call babysitter untuk hantar anak aku kat umah sebab aku x larat. Macam biasa babysitter aku ni mmg perihatin dengan aku, risau dia mengalahkan mama aku. Siap offer utk duduk umah aku jaga aku ( alahai seperti biasa mmg aku x leh sb aku mmg x nak susahkan sapa2, selagi aku mampu )Babysitter aku dtg umah aku bkn tangan kosong ( siap bawak SUP AYAM ) mcm tau2 jer aku x masak. Alhamdulilah ada gak org yg baikhati dalam dunia ni mcm Makcik Awa.
Pada malamnya, aku masak nasi dan bg anak2 ku makan telur + sup ayam, selera gak mereka makan, aku lak mcm biasa tekak dah pahit so masuk apa pun x jalan tp aku kuatkan jugak semangat ni. ni masa aku mengarang ni anak2 aku dah pun tido atas katil. Mesti korang fikir asal aku x bg tau mama , mak dan lain2. Actually aku ni mmg jenis susah nak susahkan org, kadang aku terpikir suka ke mereka nak tolong aku , ikhlas ke mereka , aku paling risau klau aku menyusahkan orang. Pada mama dan mak aku tau mereka ikhlas nak jaga aku cuma aku rasa mama jauh sgt nak turun jaga aku dan mak lak x ada kenderaan, selalu x sihat dan dia ada program surau/ mengaji. Dan yg paling penting anak2 aku ni bukan jenis leh duduk diam, nakal, lasak dan bijak. Hubby aku lak tau bila dia call aku, klau x mmg dia pun x tau ..kesian dia, aku x nak bg dia kelam kabut kat sana, so selagi aku boleh face problem aku ni aku cuba untuk hadapinya. Aku percaya dengan semangat yg kuat insyallah aku sure sihat punyer...kecuali if umur aku x panjang. Paling penting utk hari ni adalah ..Setelah bebelas tahun aku x pakai PAM ASMA so ari ni aku bertemu kembali dengan nya..kekekekekeke...CD LELAHHH.. la aku...

Comments

A.I said…
Mmg musim la skang ni aku rasa. Tambah lak ngan kita yg senang nk kene sakit ni kan?? uhuk!
Anonymous said…
tul la tu...lagi2 musim buah..dan paling seksa musim panas...aduhaii...

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia