My Wedding on 23/08/2005

Tema : Apple green + Tulip Putih Tajaan : 100% PAPA Kenapa aku kata 100% papa taja wedding aku, sb masa aku kahwin aku bukan la seorang pengumpul duit yang berhemat. Dapat gaji lepas bayar2 apa2 yg patut aku enjoy! Masa zaman remaja aku ( ahaks ) suka sgt shopping wel biasa la nama pun remaja, but yg bagusnya aku ni ( memuji diri la plak ) mmg jarang minta duit parents aku when i start working. Kiranya aku diketegorikan anak yg independent, hingga la suami aku menyunting ku secara berhemat melalui mama aku. So, korang tau la kan, kalau parents da masuk campur? Nama pun anak perempuan so byk perkara dan dugaan yg akan ditempoh oleh parents aku so, mereka dgn sebulat suara menerima lamaran suami aku ketika itu. Mula2 mcm blur gak, but tetiba ada suka gak.. tapi hakikatnya aku x bersedia.Mana x nyer, dengan satu sen pun aku xada yg ada hanya simpanan ASB ( itupun papa aku yg simpan masa aku kecik2 dulu ). Pening gak aku .. Bila PAPA dan Mama kata mereka yg keluar duit , so aku pun mcm blur gak yelahhh ingat main2 ke kahwin ni. Dan aku sendiri x faham napa cepat benar mama dan papa berkenan dgn suami aku. ( Muka baikkkk tuu ). Apa pun gerak hati seorg ibu bapa dia tau mana yg terbaik utk anaknya, dan akhirnya aku percaya mmg dialah yg selayaknya utk aku. Masa wedding aku, kira aku lah pembuka segala tirai kerana aku anak yg sulong, cucu sulong, sepupu sulong dan menantu sulong so..... kira mmg grand la. Baik disebelah aku mahupun husband aku dua2 disambut besar-besaran tp aku rs belah husband aku lagi grand. Siap2 tuko2 baju sampai nak pengsan2 aku, dengan malam berinai, dengan naik beca dengan bunga api ( bom bom ) dan jemputan jgn ckp hampir 4000 jemputan. Belah aku bukan x grand, maklum la kwsn bandar tukar2 baju mmg da pupus sikit demi sikit ramai lebih prefer secara reception, MALAH klau Melaka ada rewang2( masak sendiri ) tp kat belah aku hanya panggil caterer. Klau nk diikutkan save lagi klau ada komuniti kpg ( rewang2 ), korang bayangkan la aku yg jemputan 1000 jemputan + makan malam potong kek ( 100 org ) = RM10,000 +++, itu belum masuk goodies utk bg tetamu, sewa khemah, package perkahwinan , tempah baju sanding + baju nikah dll.Perhhh kalau nk tunggu duit aku mmg sampai skrg aku rs x kahwin2 lagi .hahhahahaha. Cerita tang Goodies mama aku design utk tetamu, bagai nak rak aku buat benda alah tu hampir 3 bulan. dah laa susah. Pastu aku rs mcm x berbaloi lak buat sendiri baik beli je sb buat tu je dengan beli barang dah hampir RM2K, klau beli kat rantau pjg sure save giler2 laaa ( anak 1st semua nk design ). Penat bila pikir pasal kahwin ni,but aku syukur akhirnya selamat dahhh. Aku kini BAHAGIA dengan cha n alif serta suami tercinta anif. Laki aku mmg best, understanding dan sentiasa protect aku dlm apa jua keadaan. Luv u laa daddy dan x lupa pd PAPA dan MAMA yg membuktikan gerak hati mereka terbaik utk anak perempuan sulongnya ini. Aku harap happy ending till end of my life...

Comments

Anonymous said…
amin....semoga kak ogy sekeluarga sentiasa di rahmati dan di berkali oleh-Nya.

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia