Kisah Cinta 1

Ermm...diam x diam 22/08/09 genap 5 tahun pkahwinan aku. Banyak perubahan yang aku tempuhi dan dibina bersama dari susah hinggalah ke tahap selesa. Actually suami aku ni bknlah lelaki yang diketegori lelaki idaman aku ( mampus aku kalau dia tau ) tp mungkin itulah dinamakan jodohhh..Perkenanlan kami x begitu lama but yg pasti itu cinta pandang pertama untuknya. Bagi aku cinta pandang pertama mmg x pernah wujud sebab aku mmg susah sikit nk suka orang. Perkenanlan ku mmg singkat, semua itu berlaku masa bulan puasa, nk dijadikan cerita sepanjang aku bekerja di melaka mmg aku x pernah keluar dengan lelaki kecuali dengan suami aku ni. Keluar dgn dia pun satu kebetulan, klau x krn kakak angkat aku yg beria2 ajak keluar temankan dia mmg mls badan aku ni. Mungkin itulah takdir atau jodohku, punyalah berpuluh kali sebelum ni kakak angkat aku ajak, baru kali itulah dia berjaya memujuk aku utk temankannya. ( aku ni homely orgnyeeerr ). Kak Jah ( itulah nama kakak angkat aku ) , asalnya terengganu seorang jururawat. Seorang yg seksi dan vouge , kepala sempoi dan aku senang bersamanya yg spesis x kisah dan mmg best la layan dia. Kembali pd cerita, mlm pertama aku keluar, bg aku biasa2 jer, jalan2 dan keluar makan di Kedai Asam Pedas Pasar Borong Bt Berendam. Perhhh sebut pasal mkn, mmg aku x malu sb aku suka makan. Masa zaman anak dara badan aku boleh dikatakan mmg kecik gilerr ( x mcm skrg mcm double deck ) what ever aku makan mmg comfirm x effect berat badan aku. Sebut pasal adik angkat kak jah, mlm tu 1 kereta ada 5 orang ( 3 lelaki dan 2 perempuan ) so, aku tgk mereka bkn dlm kategori handsome dan mmg bukan taste aku laa. So, mmg aku x minat nk amik tau siapa mereka, dan nk di jadikan cerita sampai balik aku x tau nama mereka2 ni. ( termasuk suami aku ). Sepanjang mlm tu mmg aku x amik port langsung apa yg mereka story mory kan dan aku jugak perasan salah seorg dari mereka mcm nak ADJUST aku. ( Laki aku laa siapa lagi ! ). Mmg aku bkn kategori awek pretent innocent, aku adalah aku dan aku tetap jadi diri aku. ( dulu aku ni ada sikit anti jantan sb kess aku putus tunang ) . Sampai la berakhir pertemuan pd mlm itu, so aku balik umah basuh kaki , muka dan sembahyang dan terus tidoooooooo..( mlm tu aku tido dengan lena sampai x bangun sahur ). Episod esoknya....ole kerana aku offday so whole day aku lepak2 umah, kemas, punggah2,borak2 , masak2 utk housemate dan jalan2 di Pasar Ramadhan Bukit Peringgit. ( Mmg best giler byk kuih tradisional dan mkn2 best2 ). Perjalanan siang ku cukup selesa hingga ke berbuka puasa sampai la separuh housemate aku masuk shift malam termasuklaa kak jah. Maklumlah aku sorang je kejer hoteline yg lain semua Jururawat Terlatih. So soal ubat mmg x yah sebut, pantang aku sakit kakak2 dlm umah tu akan jaga aku. ( Sayang u all ). Malam muncul tiba, lepas solat magrib aku lepak2 depan ruang tamu sambil tonton tv bersama Kak Mah ( salah seorang housemate ), tetiba aku sebuah kereta berhenti stop betul2 depan pintu umah kami ( rumah sewa panjang , so mmg x ada pagar terus pintu jer ). Hati aku berdetik, " mcm kenal kete ni? bkn ke semlm aku naik kete ni " . Seorang lelaki turun, ( aku x perasan lagi, maklumlah gelap dan aku pun dalam umah bergelap ). Bila dia sudah tercegat kat pintu barulah aku perasan dia lahh ( suamiku " eh belum lagi masa tu " ) adik angkat kak jah. Lepas jawap salam lantas aku jawap " Kak Jah shift petang laa , esok je awak dtg " . Aku tgk dia tergamam, sb dia x tanya lagi aku dah jawap. ( SEBENARNYA mls nk biar dia lama2 depan umah tu, lagi pun pakaian ku pd ketika itu tidak mengizinkan utk di lihat, aku berckp dgn dia pun di balik pintu ). Dia tersenyum pd aku dan dengan SOPAN ( kononnya ) dia berkata " Siapa kata saya carik Kak Jah, saya nak carik awak " ( Uiks bulat jup mata aku sb malu sehhhhhhhh ) aku ckp plak " Aikkk buat apa lak cari saya " Dalam hati ni berdebar gak sb x ada sms, x ada call , x ada miss call tetiba nk cari aku. " SAYA NAK AJAK AWAK KELUAR , boleh ? saya dah bg tau kak jah tadi dia kata awak offday hari ni , dia x bg tau ke? " Arhhhhhhhhhhhhh....menjerit aku dalam hati. Bukan jerit sebab suka jerit sb kak jah x bg tau langsung yg mamat tu nk make date dgn aku. Lama gak aku berpusing nak bg jawapan , dipendek kan cerita atas dorangan Kak Mah dan x nak malukan dia yg dah tercegat depan pintu. Aku punnn keluarlaaaa.. Episod mlm ku mcm biasa , borak2 cerita2 dan suai kenal. Aku x banyak sgt nak amik tau hal dia sb aku rs mcm x penting jer. Dia byk la gak citer life dia dan kebetulan lak dia bau beberapa hari pulang melaka setelah tamat pengajiannya. Aku seperti biasa mula2 mmg suka menjadi pendengar dari berkata2. Seronok gak layan dia masa tu, dia pandai pilih topic dan dia berjaya buat aku x bosan dgn dia. Tp aku takut gak, sebab aku rasa dia syok kat aku laaa.... aduhhhh tp masa tu aku x nk terlebih sudah sb aku rs mcm aku mmg x leh nk terima dia ( bkn sb dia x handsome sb aku mmg x bersedia nk face jiwang2 ni ). 1st date aku dan dia mmg biasa2 dan yang pasti aku tau dia mmg syok giler dgn aku. Dan korang jgn x tau walaupun aku keluar dgn dia, aku masih x tau nama dia . Hhahahahahhahhaahhh ( penting kerrrr ) gelaran aku utk dia CasPer sb 1st aku jumpa dia dia pakai baju casper. ...... CasPer in Black .. ( Sb muka dia gelap ala2 anak mami ). Next date...bersambunggg if aku rajin nk citer..

Comments

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia