Crocs Kids ChaLif

Yehaaa...cantiknya kasut crocs anak2 aku yang di beli online dari salah satu kedai yang menjual kasut crocs yang mmg murah. Memang berbaloi aku beli secara online ni, malah deal dgn owner kedai pun mmg 1st class, service pun mmg tip top. Actually aku dari mula crocs keluarkan product lagi aku mmg rs berkenan sgt dgn design dia.Oleh kerana aku ni dalam golongan yang tahap sederhana sahaja so, utk merealisasikan kecutekan design crocs tu aku hanya beli kasut asadi buatan malaysia untuk anak2ku. Murah mmg murah tp kasut asadi ala crocs telah membuatkan kaki anak2 ku melecet teruk. Sehingga la last week aku surfing internet, aku terbukak satu blog yg menjual crocs dgn harga yang amat2 berpatutan, harganya hampir separuh dari harga crocs sebenar. Waaa apa lagi aku pun terus call hubby aku, so dia pun setuju sb bila terdengar harga crocs tu murah. Bila aku surf balik, aku terbaca " We closed for All Order " ..alamak kecewanya aku. Demi anak2 ku yg comel dan merealilsasikan keinginan ku untuk melihat anak2 ku memakai kasut crocs, aku pun call owner kedai online yg diberi nama xxxx. Aku tanya adakah order till boleh buat or not, so maybe dia x nk kecewakan aku so dia ckp " ok dear, u letak dulu deposit when the stock come i cuba reserved kan utk u " .....wahhhhhh mmg suka sgt la tu. jam-jam tu jgk aku buat TT maybank2u thru her acct. Selepas 3 hari dia kata shipping sampai, so aku bayar untuk balance price crocs tu, and then the next 2 days on 13/05/09 early in the morning, aku tgk after breakfast with my opismate, on my table ada ABX Express plastic bag. Waaaaaaaa...aku x sangsi mmg inilah kasut crocs anak2 aku. Dengan rakusnyaa...aku bukak plastic tu dan belek2 kasut anak2 aku.Waaaaaaaaaa senyum lebar aku.Crocs tu lagi cun bila aku tampal2kan jibbits diatasnya. MMg comel gilerrr crocs kids anak aku!!! Lupa nak amik gambar ...Pagi tadi nak pergi sekolah seboleh2 nak pakai kasut crocs baru dia pergi ke tadika. hihhhiihi tulah dia anak2.. Bila terkenang balik kenangan aku kecik2, aku rs macam nak ulangi saat2 kemanjaan dulu2. Aku ni anak bapak, so apa aku nak aku dapat dan kebetulan mama aku lak seorang yang shopping holic. Klau beli baju utk anak2 dia, dari kasut sampai ke baju smua satu warna.Kira masa zaman kanak2 aku x rasa susah la gak, but bila dah kahwin baru tau susah tul nak carik duit ni. Laki aku perlu bekerja keras untuk mengadakan segala kesenangan dan kemewahan untuk isteri dan anak2 dia. Well, utk bab kasut crocs ni aku beli pakai duit gaji aku, aku rs puas bila aku beli kasut ni utk anak2 aku pakai duit aku. Mmg hakikatnya aku ni gila kasut!!... Aku rs dah berpuluh kasut mereka aku belikan sepanjang mereka dilahirkan. Baik kasut anak dan kasut mummy , mmg rak kasut tu penuh kasut aku dan anak2 jer. Tang kasut bapak, mmg kecian...hiihiii sebab kasut lelaki mahal2. Hubby aku hanya beli kasut bila kasut dia dah betul2 x boleh pakai. Dan satu masalah lagi size laki aku mmg susah nak carik, bayangkan size 12. hihihihhih....so..jawapnya kaki sebesar laki aku tu limited size kat m'sia ni. kesian daddy...Apapun aku happy dapat belikan kasut crocs utk anak2 aku. Ingat next salary nak beli crocs utk diri sendiri lak!!!

Comments

c a b b i e n a said…
salam awak...
nnt awak emailkan sy blog penjual crocs itu leh x???
mekacih yeee...
shopatmikylayna@yahoo.com

Popular posts from this blog

Cara betul pemakaian Desi Damayanti cv Tabita

Desi Damayanti Skincare Merosakkan katanya

Bonia oh Bonia